SAYA dan suami ada mengambil seorang anak angkat kerana kami tidak mempunyai anak. Saya sudah menyusukannya beberapa kali. Saya pernah diberitahu bahawa anak itu boleh menjadi anak susuan dan saya diharamkan berkahwin dengan anak itu. Bolehkah tuan jelaskan perkara ini dan adakah undang-undang mengenainya yang boleh menjadi panduan kami suami isteri.
Ibu susu,
Selama, Perak.
Benar, jika seseorang wanita menyusukan seorang kanak-kanak ajnabi (bukan anaknya), maka anak itu akan menjadi anak susuannya dan suami kepada wanita itu akan menjadi bapa susuan. Namun ia tertakluk kepada beberapa syarat tertentu yang akan dijelaskan.
Kesan hukum yang akan berlaku hasil daripada penyusuan itu ialah anak susuan haram berkahwin dengan ibu dan bapa susuannya dan juga daripada keturunan ibu dan bapa susuan iaitu adik beradik, anak, cucu kepada ibu dan bapa susuan.
Ibu dan bapa susuan juga haram berkahwin dengan anak susuan, seperti mana diharamkan berkahwin akibat keturunan. Anak kepada anak susuan juga haram berkahwin dengan anak kepada ibu dan bapa susuan.
Bagaimanapun, ibu dan bapa susuan serta keturunannya boleh berkahwin dengan ahli keluarga anak susuan yang lainnya kerana mereka adalah orang asing (ajnabi) kepada ibu dan bapa susuan serta keturunannya.
Ada beberapa syarat yang menjadikan anak susuan itu sebagai muhrim kepada ibu dan bapa susuan. Pertamanya, anak yang disusukan itu belum mencapai umur dua tahun. Jika lebih usia dua tahun, penyusuan itu tidak menjadikannya muhrim.
Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.” (Surah al-Baqarah, ayat 233)
Sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Anak susuan tidak menjadi muhrim melainkan disebabkan susu yang masuk ke dalam perutnya ketika menyusu. Ia hendaklah berlaku sebelum anak itu bercerai susu.”
Keduanya, kanak-kanak itu di susu dengan lima kali susuan berasingan. Sesuatu penyusuan itu dikira sebagai penyusuan yang berasingan atau tidak dengan melihat adat kebiasaan masyarakat. Jika anak itu berhenti menyusu kerana kenyang, ia dikira sekali susuan.
Tetapi jika anak itu berhenti menyusu kerana sendawa untuk mengeluarkan angin, kemudian kembali menyusu, atau dia bertukar daripada payudara ke payu dara satu lagi, ia dikira sekali susuan saja. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak menjadi mahram (anak yang disusukan) dengan hanya sekali atau dua kali susuan, sekali atau dua kali hisap.”
Penyusuan yang menepati syarat dinyatakan di atas menjalinkan hubungan kekeluargaan antara anak susuan dan keluarga susuan. Hubungan ini mewujudkan golongan yang haram dikahwini (mahram).
Mereka yang haram dikahwini kerana hubungan penyusuan sama seperti mereka yang haram dikahwini kerana keturunan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Diharamkan kerana susuan apa yang diharamkan kerana keturunan (nasab).”
Pengharaman ini ada dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam. Subseksyen 9 (3) enakmen itu memperuntukkan: “Tiada seseorang lelaki atau perempuan, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh, oleh sebab sesusuan, berkahwin dengan seseorang perempuan atau lelaki yang ada hubungan dengannya melalui penyusuan di mana, jika hubungan itu adalah melalui kelahiran dan bukan melalui penyusuan, perempuan atau lelaki itu tetap dilarang berkahwin dengannya oleh sebab nasab atau pertalian kahwin. ”
Setakat ini tiada peruntukan undang-undang mengkehendaki anak susuan itu didaftarkan atau dicatatkan dalam sijil kelahiran mereka sebagai ‘anak susuan’. Mungkin pihak berkenaan boleh mengkaji perkara ini dan mengambil langkah susulan sewajarnya.
Ia bagi menjamin nasab keturunan umat Islam terpelihara dan jauh daripada unsur syubhah. Apa yang perlu puan dan suami lakukan, setelah puan yakin bahawa dua syarat dinyatakan di atas sudah dipenuhi dan anak itu menjadi anak susuan, maka puan dan suami perlu memberitahu saudara mara dan keluarga terdekat, supaya mereka maklum perkara itu.
Dikhuatiri nanti suatu hari kita menghalalkan perkahwinan antara keluarga susuan yang diharamkan Allah SWT.
Jawapan disediakan Setiausaha Agung Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Tuan Musa Awang. Sila layari http :\\www.peguamsyarie.org.my.
Mengenai Saya
Arsip Blog
-
▼
2009
(116)
-
▼
Maret
(74)
- Penyebar fitnah lebih bahaya daripada syaitan
- Ahli kitab Taurat sembunyi kebenaran Muhammad demi...
- Ulul Albab: Antara mensejahtera, menyengsara umat
- Persoalan Agama: Hukum baca al-Quran rumi
- Persoalan Agama: Perkataan, peri laku cara dakwah ...
- Persoalan Agama: Elak guna produk jika was-was
- Bijak kawal hawa nafsu tentukan martabat insan
- Setiap Muslim pikul amanah tangani masalah disipli...
- Keseimbangan rohani, jasmani bentuk ummah terbaik
- Cinta kepada Rasulullah melebihi perasaan kepada o...
- Tiga perkara jadikan hidup sempurna
- Amanah tentukan hala tuju masyarakat, negara
- Muhasabah penyelesaian terbaik selamatkan rumah ta...
- Nikmat bertambah bagi individu bersyukur
- Pemimpin perlu tegas, elak jadi boneka pihak lain
- Hak Muslim: Islam garis kaedah, panduan tangani is...
- Bangunan baru perkasa syiar Islam, imej Mahkamah S...
- Bersama YaPEIM: Kekukuhan sektor PKS jamin kestabi...
- Perbanyak zikir elak budaya suka mengumpat
- Iqra: Kehebatan empat khalifah terulung
- Perspektif Ikim: Label Islam diperdagang kaburi pe...
- Cari keseimbangan untuk raih ketenangan
- Kepemimpinan suatu amanah berat, sarat tanggungjawab
- Gabungan umarak, ulama mantapkan kepemimpinan negara
- Keseimbangan ekonomi Islam atasi krisis dunia
- Rasulullah sedia tiga panduan lengkap cara membina...
- Sektor pertanian janjikan rezeki, pahala
- E-fatwa Jakim sedia maklumat ajaran sesat
- Ganti solat patut diutama berbanding amalan sunat
- Ulul Albab: Mengungkap rahsia urutan surah al-Quran
- Tidak berdosa kahwini wanita zina sudah taubat
- Gantung gambar pemandangan lebih afdal
- Kelas percuma Al-Hunafa perbaiki bacaan kitab suci
- Abai ajaran al-Quran punca umat Islam berpecah
- Perpaduan antara nikmat paling besar patut disyuku...
- Muzium Benaki jadi rujukan Islam di Athens
- Bersama YaPEIM: Industri halal mampu perkasa ekono...
- Umat Islam perlu ketepi sengketa demi memelihara k...
- Rasulullah, sahabat contoh terbaik bina kekuatan u...
- Hak Muslim: Anak angkat disusukan selepas usia 2 t...
- Pekerja culas sama berdosa dengan terima rasuah
- Peguam Syarie Menulis: Mahkamah Syariah selari keh...
- Iqra: Selami istilah cinta sebenar dituntut Islam
- Perarakan Maulidur Rasul lambang kesatuan ummah
- Dakwah penuh kasih, bijaksana paling berkesan
- Akhlak mulia sifat utama hamba, mukmin sejati
- Sambutan Maulidur Rasul perlu menjurus amalan ditu...
- Risalah Muhammad transformasi hapus perhambaan
- Tinggi darjat bukan penghalang rendah diri, hidup ...
- Ulul Albab: Mengingati Rasulullah sepanjang masa
- Menjadi Muslim sejati sempena Maulidur Rasul
- Perlembagaan Persekutuan lindungi umat Islam
- Maulidur Rasul titik tolak perkukuh perpaduan umma...
- Ikuti seruan Rasulullah perkuat perpaduan ummah
- Hukuman rotan antara kaedah terbaik disiplinkan pe...
- Minda mati jika kontang ilmu
- Golongan bodoh sombong tak dapat rahmat
- Hak Muslim: Isteri berhak jawab permohonan suami m...
- Apabila pemimpin agama lain langgar sempadan
- Bersama YaPEIM: Umat Islam berpotensi bina jaringa...
- Arak punca pelbagai penyakit, dorong gejala maksiat
- Iqra: Berdakwah kepada kakitangan bawah
- Peguam Syarie Menulis: Perlembagaan memartabat Islam
- Tajdid Iman: Muslim tanpa semangat dakwah, jihad t...
- Dukun guna ilmu ghaib rawat pesakit boleh seleweng...
- Perspektif Ikim: Zakat mampu bentuk peradaban muli...
- Masjid bukan pentas dedah aib, sebar fitnah
- Semangat semut beri panduan umat bina etika kerja ...
- Nasihat Luqman bentuk peribadi Muslim sejati
- Ulul Albab: Memperkasa pertanian atasi krisis makanan
- Persoalan Agama: Was-was semut dalam minuman
- Persoalan Agama: Sistem faraid tak boleh diubah da...
- Persoalan Agama: Tiada halangan wanita bekerja jik...
- Persoalan Agama: Penggunaan kain kafan putih sunat
-
▼
Maret
(74)
Diberdayakan oleh Blogger.