Oleh Ikbal Salam
Kalimah Allah asas tauhid akidah umat Islam, bawa erti kemuliaan dan kesucian
SELEPAS lebih 50 tahun merdeka, apa lagi yang hendak diserah oleh agama Islam dalam negara yang mana agama Islam adalah agama rasminya ini kepada penganut agama lain sehingga nama Tuhan orang Islam yang sudah diguna pakai tanpa gangguan sebelum ini hendak diambil.
Prinsip utama dalam Perlembagaan Persekutuan adalah ketinggian agama Islam yang diangkat sebagai agama rasmi negara. Sementara kita mengangkat martabat agama Islam pada tahap yang tinggi, rakyat diajar bahawa kepercayaan dan anutan agama lain juga hendaklah diraikan dan mereka bebas mengamalkan ajaran agama mereka.
Masalahnya sekarang, apabila sebahagian pemimpin agama lain mula menjuarai kepentingan agama dan kaum mereka dan pada masa sama, melanggar sempadan yang selama ini diamalkan dalam masyarakat.
Dalam konteks Malaysia, kalimah Allah adalah asas tauhid akidah umat Islam yang membawa erti kemuliaan dan kesucian agama Islam itu sendiri kerana itulah amalannya sejak kita menubuhkan negara.
Ia sangat berbeza dan tidak boleh dikongsi dengan orang bukan Islam seperti mudahnya kita hendak berkongsi kuasa dalam pemerintahan dan pentadbiran negara.
Justeru, kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, bahawa pembatalan terhadap kebenaran bagi agama Kristian menggunakan kalimah Allah adalah dialu-alukan.
Keputusan Kementerian Dalam Negeri yang termaktub dalam Perintah Keselamatan Dalam Negeri (Larangan Dalam Penggunaan Perkataan Tertentu dalam Dokumen dan Penerbitan 2009) bertarikh 21 Januari 2009 dan diwartakan pada 16 Februari 2009 mengejutkan umat Islam di negara ini.
Implikasi perintah itu, kalimah Allah kini secara sahnya tidak lagi menjadi milik eksklusif agama Islam dan boleh dirujuk sebagai tuhan kepada agama Kristian dalam apa-apa penerbitan agama Kristian berbahasa Melayu dengan syarat hendaklah tertera di hadapan makalah ia khusus untuk penganut agama Kristian saja.
Malah, sejak 1998 Kementerian Dalam Negeri dengan tegas dan konsisten menyerahkan lebih lapan kali surat peringatan kepada pertubuhan Kristian itu supaya tidak menggunakan kalimah Allah dalam mana-mana penulisan dan penerbitan mereka.
Ini bersesuaian arahan kerajaan pada 5 Disember 1986 yang memutuskan empat istilah huruf agama Islam iaitu Allah, Solat, Kaabah dan Baitullah adalah eksklusif hanya untuk kegunaan agama Islam dan oleh yang demikian tidak boleh untuk digunakan oleh mana-mana agama lain di negara ini.
Namun, arahan larangan penggunaan kalimah Allah oleh Kementerian Dalam Negeri itu tidak diendahkan langsung malahan kerajaan disaman oleh pertubuhan agama Kristian kerana melarang penggunaan kalimah suci itu.
Permohonan seumpama itu jika dibuat sekitar 1960 atau 1970-an akan mengakibatkan rusuhan antara agama dalam negara. Tetapi sekarang, umat Islam masih boleh menghadapi keadaan ini dengan tenang.
Walaupun apa yang dituntut itu membabitkan kesucian agama mereka, umat Islam tetap bersabar dan menyerahkan kepada kebijaksanaan institusi kehakiman untuk menyelesaikan kes berkenaan.
Pengiktirafan Islam sebagai agama persekutuan dalam Artikel 3 (1) Perlembagaan memberikan hak kepada Islam untuk diberikan keistimewaan mengatasi agama lain. Pelbagai enakmen diwartakan di setiap negeri khusus bagi mengawal sedia dan menentukan perjalanan agama Islam berjalan dengan tersusun.
Pada pembukaan rasmi Parlimen hinggalah ke sekecil-kecil majlis rasmi kerajaan, bacaan doa mengikut akidah umat Islam akan dibuat walaupun hadirin adalah daripada pelbagai kaum sebagai ekspresi bahawa itulah dia agama yang diiktiraf sebagai agama persekutuan.
Begitulah istimewanya agama Islam hingga sesiapa yang didapati menyebarkan agama lain kepada orang Islam boleh dikenakan hukuman atas kesalahan jenayah. Bagaimanapun, keistimewaan itu tidaklah menyebabkan kita menindas bangsa atau agama lain.
Tidak pernah terdengar dalam sejarah kemerdekaan negara kita, ada rakyatnya yang bukan Islam ditindas atau dizalimi kerana enggan memeluk Islam. Umat Islam di negara ini sentiasa mengamalkan sikap toleransi beragama dan memberikan kebebasan orang lain mengamalkan ajaran agama mereka.
Untuk tujuan rekod, banyak gereja, kuil dan rumah ibadat yang gah dibina di negara ini dan dikunjungi pelawat dari negara asal agama itu sendiri. Umat Islam tidak pernah menghalangnya. Kita mahu membina sebuah negara berbilang kaum yang masing-masing menghormati agama dianuti individu itu.
Sejak penubuhan negara ini, penganut agama Kristian dibenarkan untuk mengamalkan ajaran agama mereka. Adakah berkurangnya iman penganut agama Kristian terhadap agama mereka tanpa menggunakan kalimah Allah?
Sukar untuk digambarkan bahawa satu hari nanti kita terpaksa berhadapan dengan senario di mana akan diwujudkan pula pusat aktiviti agama Kristian yang dinamakan sebagai 'Rumah Allah' atau majalah terbitan untuk penganut Kristian bertajuk 'Risalah Menuju Allah'.
Kesannya nanti akan mengelirukan anak muda beragama Islam serta mewujudkan perasaan tidak tenteram dalam hati masyarakat Islam. Pada ketika itu, apakah lagi yang membezakan antara Islam sebagai agama rasmi negara dengan agama lain.
Justeru, bagi menjamin ketinggian agama Islam, apa yang menjadi milik agama Islam tidak dapat tidak perlu terus dipertahankan. Perintah bersyarat Kementerian Dalam Negeri bagi kebenaran penggunaan kalimah Allah bagi penerbitan agama Kristian perlu dikaji semula.
Oleh kerana kalimah Allah adalah isu berkait rapat dengan ketinggian agama Islam yang mana Raja-Raja Melayu adalah ketuanya, adalah perlu bagi Majlis Raja-Raja membuat arahan jelas bagi memastikan kalimah suci ini dapat dipertahankan dan dilindungi kesuciannya.
Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor bertindak dengan proaktif apabila pada 2 Jun 2008 mengeluarkan fatwa antara lain menyatakan bahawa penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam adalah tidak diharuskan, tidak dibenarkan, ditegah serta dilarang atas alasan bahawa kalimah Allah bukanlah kalimah yang sekadar menjadi rujukan bagi nama tuhan semata-mata tetapi kalimah Allah bagi umat Islam menunjukkan keesaan, kemuliaan teragung, pencipta dan pemerintah alam semesta yang sudah semestinya berbeza dengan konsep triniti atau tiga dalam satu yang dianjurkan agama Kristian.
Masanya sudah tiba bagi pakar agama Islam menjawab polemik ini dari sudut akademik dan berhadapan dengan penganut agama lain dengan cara ilmiah supaya Islam akan dapat dilihat sebagai agama yang bermaruah dan perlu dihormati.
Penulis ialah peguam syarie.
Mengenai Saya
Arsip Blog
-
▼
2009
(116)
-
▼
Maret
(74)
- Penyebar fitnah lebih bahaya daripada syaitan
- Ahli kitab Taurat sembunyi kebenaran Muhammad demi...
- Ulul Albab: Antara mensejahtera, menyengsara umat
- Persoalan Agama: Hukum baca al-Quran rumi
- Persoalan Agama: Perkataan, peri laku cara dakwah ...
- Persoalan Agama: Elak guna produk jika was-was
- Bijak kawal hawa nafsu tentukan martabat insan
- Setiap Muslim pikul amanah tangani masalah disipli...
- Keseimbangan rohani, jasmani bentuk ummah terbaik
- Cinta kepada Rasulullah melebihi perasaan kepada o...
- Tiga perkara jadikan hidup sempurna
- Amanah tentukan hala tuju masyarakat, negara
- Muhasabah penyelesaian terbaik selamatkan rumah ta...
- Nikmat bertambah bagi individu bersyukur
- Pemimpin perlu tegas, elak jadi boneka pihak lain
- Hak Muslim: Islam garis kaedah, panduan tangani is...
- Bangunan baru perkasa syiar Islam, imej Mahkamah S...
- Bersama YaPEIM: Kekukuhan sektor PKS jamin kestabi...
- Perbanyak zikir elak budaya suka mengumpat
- Iqra: Kehebatan empat khalifah terulung
- Perspektif Ikim: Label Islam diperdagang kaburi pe...
- Cari keseimbangan untuk raih ketenangan
- Kepemimpinan suatu amanah berat, sarat tanggungjawab
- Gabungan umarak, ulama mantapkan kepemimpinan negara
- Keseimbangan ekonomi Islam atasi krisis dunia
- Rasulullah sedia tiga panduan lengkap cara membina...
- Sektor pertanian janjikan rezeki, pahala
- E-fatwa Jakim sedia maklumat ajaran sesat
- Ganti solat patut diutama berbanding amalan sunat
- Ulul Albab: Mengungkap rahsia urutan surah al-Quran
- Tidak berdosa kahwini wanita zina sudah taubat
- Gantung gambar pemandangan lebih afdal
- Kelas percuma Al-Hunafa perbaiki bacaan kitab suci
- Abai ajaran al-Quran punca umat Islam berpecah
- Perpaduan antara nikmat paling besar patut disyuku...
- Muzium Benaki jadi rujukan Islam di Athens
- Bersama YaPEIM: Industri halal mampu perkasa ekono...
- Umat Islam perlu ketepi sengketa demi memelihara k...
- Rasulullah, sahabat contoh terbaik bina kekuatan u...
- Hak Muslim: Anak angkat disusukan selepas usia 2 t...
- Pekerja culas sama berdosa dengan terima rasuah
- Peguam Syarie Menulis: Mahkamah Syariah selari keh...
- Iqra: Selami istilah cinta sebenar dituntut Islam
- Perarakan Maulidur Rasul lambang kesatuan ummah
- Dakwah penuh kasih, bijaksana paling berkesan
- Akhlak mulia sifat utama hamba, mukmin sejati
- Sambutan Maulidur Rasul perlu menjurus amalan ditu...
- Risalah Muhammad transformasi hapus perhambaan
- Tinggi darjat bukan penghalang rendah diri, hidup ...
- Ulul Albab: Mengingati Rasulullah sepanjang masa
- Menjadi Muslim sejati sempena Maulidur Rasul
- Perlembagaan Persekutuan lindungi umat Islam
- Maulidur Rasul titik tolak perkukuh perpaduan umma...
- Ikuti seruan Rasulullah perkuat perpaduan ummah
- Hukuman rotan antara kaedah terbaik disiplinkan pe...
- Minda mati jika kontang ilmu
- Golongan bodoh sombong tak dapat rahmat
- Hak Muslim: Isteri berhak jawab permohonan suami m...
- Apabila pemimpin agama lain langgar sempadan
- Bersama YaPEIM: Umat Islam berpotensi bina jaringa...
- Arak punca pelbagai penyakit, dorong gejala maksiat
- Iqra: Berdakwah kepada kakitangan bawah
- Peguam Syarie Menulis: Perlembagaan memartabat Islam
- Tajdid Iman: Muslim tanpa semangat dakwah, jihad t...
- Dukun guna ilmu ghaib rawat pesakit boleh seleweng...
- Perspektif Ikim: Zakat mampu bentuk peradaban muli...
- Masjid bukan pentas dedah aib, sebar fitnah
- Semangat semut beri panduan umat bina etika kerja ...
- Nasihat Luqman bentuk peribadi Muslim sejati
- Ulul Albab: Memperkasa pertanian atasi krisis makanan
- Persoalan Agama: Was-was semut dalam minuman
- Persoalan Agama: Sistem faraid tak boleh diubah da...
- Persoalan Agama: Tiada halangan wanita bekerja jik...
- Persoalan Agama: Penggunaan kain kafan putih sunat
-
▼
Maret
(74)
Diberdayakan oleh Blogger.