Oleh Mohd Adid Ab Rahman
FITRAH manusia inginkan hidup yang selamat dan terjamin. Oleh itu, bagi mencapai maksud murni itu, sejarah hidup Rasulullah SAW wajar menjadi panduan dan ikutan kerana itulah suruhan Allah kepada hambanya.
Firman Allah bermaksud; “Sesungguhnya pada (diri) Rasulullah SAW itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap rahmat dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (Surah al-Ahzab, ayat 21)
Sesungguhnya masyarakat yang diasuh dan terbina dengan acuan Rasulullah SAW di Madinah memang harmoni, disirami cahaya kedamaian dan wujud persefahaman menakjubkan, padahal masyarakat Madinah ketika itu ada pelbagai bangsa, kaum, suku dan tradisi.
Sebelum itu mereka terbiasa hidup dalam suasana huru-hara, berpecah-belah, saling berbangga dengan keturunan, bergaduh sehingga berlaku pertumpahan darah beratus tahun lamanya.
Rasulullah SAW berjaya mencambahkan pada setiap hati masyarakat bibit akidah yang suci daripada ajaran murni diwahyukan. Mereka berpegang kepada akidah itu dengan bersungguh-sungguh sehingga tidak mampu digoyangkan sebarang godaan atau janji manis.
Rasulullah SAW menyedarkan umatnya mengenai asal kejadian manusia daripada satu jiwa iaitu Adam seperti termaktub dalam al-Quran yang bermaksud: “Wahai segenap manusia, bertakwalah kepada Tuhan yang menciptakan kalian daripada seorang (Adam) dan daripada dia jugalah Allah menciptakan isterinya: kemudian daripada kedua-duanya Allah mengembang biak lelaki dan perempuan yang banyak. Dan Hendaknya kalian bertakwa kepada Allah yang dengan nama-Nya kalian selalu meminta. Hendaknya kalian memelihara hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kalian.” (Surah an-Nisa, ayat 1)
Apabila kefahaman ini meresap ke seluruh jiwa setiap mukmin, tentu tidak timbul perbezaan tradisi, ras, bangsa, warna kulit atau bahasa kerana semua dikira bersaudara yang membentuk perpaduan dalam keluarga besar.
Islam menegaskan semua mukmin adalah satu kelompok yang tidak berpecah-pecah seperti firman Allah yang bermaksud: “Orang beriman itu sesungguhnya bersaudara, sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.” (Surah al-Hujurat, ayat 10)
Ukhuwah mendorong mukmin hidup berkasih sayang yang dirahmati Allah. Keperibadian masyarakat yang dihiasi kasih sayang dan saling melengkapi menghasilkan masyarakat yang kuat.
Akidah Islam tidak membenarkan umat Islam saling membenci dan merendahkan orang lain dengan penuh kesombongan. Firman Allah bermaksud: “Wahai manusia, sesungguhnya Kami mencipta kamu daripada lelaki dan wanita, dan Kami menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku, supaya kamu saling mengenal (antara satu sama) lain. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah yang paling takwa daripada kamu.” (Surah al-Hujurat, ayat 13)
Abdul Al-Salim Makram dalam bukunya Aqidah Membina Peribadi Mukmin Sebenar menyatakan alat untuk menyatukan umat hanya menyatukan akidah mereka. Jika akidah mereka sama, maka jiwa dan perasaan mereka senada dan seirama; jika berlaku krisis dan pertentangan sesama sendiri, maka mudah menyatukan semula sekali gus melenyapkan musuh dan permusuhan.
Sesungguhnya perpecahan hanya meruntuhkan kekuatan umat Islam dan membuka peluang musuh melakukan penindasan dan penaklukan. Rasulullah SAW mengingatkan: “Kerana sesungguhnya perpecahan itu adalah pisau yang tajam (akan menghancurkan umat seluruhnya).” (Hadis riwayat Abu Daud dan Tarmizi)
Mengenai Saya
Arsip Blog
-
▼
2009
(116)
-
▼
Februari
(42)
- Berdakwah disertai penguasaan ilmu lebih berkesan
- Ikhlas sifat penting menuntut ilmu
- Dadah pemusnah generasi, runtuhkan peradaban manusia
- Surat layang, fitnah internet jejas keharmonian
- Kes Ayah Pin cabaran selesaikan jenayah akidah
- Berbalah tamakkan kuasa roboh perpaduan
- Amar makruf nahi mungkar teras kesatuan ummah
- Hak Muslim: Bapa tak boleh lepas tangan sara nafka...
- Peguam Syarie Menulis: Penggubalan undang-undang k...
- Bersama YaPEIM: Sistem kewangan Islam terbukti ber...
- Iqra: Cara mempelajari, kuasai bahasa Arab lebih m...
- Ubah sikap, jaga tutur kata elak sengketa ummah
- Berjudi boleh menyebabkan insan hidup miskin, papa...
- Perspektif Ikim: Pemerintah agung utama pembanguna...
- Majlis khatam raikan 339 hafiz Darul Quran
- Teman berakhlak dorong arah kebaikan
- Kematian menyeksakan bagi orang tak beriman
- Islam sebagai addin jadikan ibadah lebih nikmat
- Persamaan akidah perkukuh ukhuwah ummah
- Ulul Albab: Tiga perangai keji jadi kemahiran Yahudi
- Persoalan Agama: Anak luar nikah tak boleh berbink...
- ersoalan Agama: Islam haramkan perkara dorong zina
- Persoalan Agama: Salam berlapik tudung dengan buka...
- Persoalan Agama: Ketua jabatan datang lewat, balik...
- Prasangka buruk cetus sengketa berpanjangan
- Pemimpin berintegriti, amanah tonggak kecemerlanga...
- Dedah keaiban orang lain perbuatan keji
- Berpantang, berjaga-jaga dalam pemakanan ibu segal...
- Membaca al-Quran tanda ucap terima kasih, syukur
- Perubahan tabii punca nilai tamadun terhakis
- Ummah wajib mentaati pemerintah
- Bersikap profesional boikot produk Yahudi, AS
- Bendung rasa marah menerusi sabar
- Hak Muslim: Boleh tuntut separuh mahar jika bercer...
- Islam ajar kaedah pertautan hati, silaturahim mene...
- Peguam Syarie Menulis: Hukum faraid ditetapkan al-...
- Bersama YaPEIM: Pemilikan kekayaan ujian pemegang ...
- Iqra: Panduan sempurna bina sahsiah anak
- Tajdid Iman: Manusia ghurur ditipu keegoan diri se...
- Buang bayi luar nikah bukan penyelesai masalah
- Musibah menimpa akibat kealpaan umat Islam sendiri
- Cegah kemungkaran belum sebati di jiwa Muslim
-
▼
Februari
(42)
Diberdayakan oleh Blogger.