Soalan:
SAYA biasa mendengar ungkapan seorang isteri 'digantung tidak bertali'. Adakah konsep ini wujud dalam Islam.
Nurhikmah Sazali,
Mantin,
Negeri Sembilan.
Jawapan:
Konsep 'digantung tidak bertali' ialah seseorang isteri yang ditinggalkan atau dibiarkan tanpa nafkah zahir dan batin oleh suami. Ia adalah istilah diguna pakai masyarakat Melayu, manakala dalam al-Quran juga disebut mengenai perkara berkenaan melalui firman Allah SWT yang bermaksud "Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau-lampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (diawang-awang); dan jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (An- Nisa' 3:128)
Tujuan perkahwinan dalam Islam adalah membentuk keluarga, melahirkan zuriat dan mewujudkan kerjasama serta kasih sayang suami isteri. Islam menghendaki hasil daripada perkahwinan untuk membina masyarakat harmoni. Jika berlaku keadaan suami atau isteri tidak dapat menunaikan tanggungjawab sama ada dari aspek fizikal mahupun emosi, maka ia bercanggah dengan tuntutan Islam. Ia kerana ini adalah salah satu penganiayaan dan kezaliman yang berlaku terhadap pasangan masing-masing. Jika berlaku perselisihan faham dan tidak sehaluan, Islam sudah memberi garis panduan dalam menyelesaikan masalah sama ada memilih untuk berdamai atau jalan keluar iaitu talak walaupun ia perkara halal yang dibenci.
Jika suami tidak mahu menceraikan isteri, Hakim Mahkamah Syariah boleh meluluskan perceraian tanpa perlu lafaz dan keizinan suami selepas beberapa proses dilakukan antara kedua-dua pihak. Peruntukan Undang-undang keluarga Islam yang diguna pakai di mahkamah syariah negara ini sudah cukup untuk menyelesaikan perkara itu. Seseorang isteri yang ditinggalkan, boleh membuat pengaduan di pejabat agama berdekatan atau mengemukakan tuntutan perceraian bagi mendapatkan hak dan keadilan. Justeru, tidak timbul isu 'digantung tak bertali'.
Mengenai Saya
Arsip Blog
-
▼
2008
(34)
-
▼
Oktober
(27)
- Seruan ke Baitullah wajar dilaksana tanpa bertangguh
- Hak Muslim: Hukum status anak pasangan dinikah ima...
- Tuntutan ubat penyakit menerusi jalan halal
- Peguam Syarie Menulis: Paradigma baru junjung raja...
- Bersama YaPEIM: Penerapan pelbagai ilmu pertingkat...
- 'Jurang antara kebaikan, kejahatan cuma satu hasta'
- Memahami sejarah al-Quran
- Tajdid Iman: Memelihara kesucian hati sebagai pene...
- Disiplin, kasih sayang tidak seimbang pincangkan p...
- Perspektif Ikim: Kewangan Islam mampu tangani keme...
- Sindrom prasangka dengan agama lain masih wujud
- Usaha Ibu bapa bimbing remaja semakin mencabar
- Lima ciri Muslim martabatkan kembali imej umat contoh
- Ulul Albab: Kebahagiaan dunia banyak muslihat
- Persoalan Agama: Haram arak sebagai perasa makanan
- Pastikan pakaian bersih ketika solat
- Persoalan Agama: Penghuni tingkat atas tak langkah...
- Persoalan Agama: Tiada konsep 'digantung tak berta...
- Ummah diseru tampil bersihkan nama tercemar
- Menilai diri sebelum berangkat ke Tanah Suci
- Rasuah musnah pembangunan, sistem masyarakat
- Umat Islam Canberra bebas laksana tuntutan agama
- Mukmin sejati sentiasa berakhlak mulia, sangat men...
- Australia semai keharmonian antara agama
- Hak Muslim: Bekas suami, isteri boleh rayu ketepi ...
- Cinta palsu hancurkan nilai keinsanan
- Penyakit uji keimanan, kesabaran manusia
-
▼
Oktober
(27)
Diberdayakan oleh Blogger.